25 March 2009

jerawat batu mampu mempersonakan muka

No 1 , Jalan Sri Mersing 78 ,
Taman Sri Andalas,
41200 Klang ,
Selangor Darul Ehsan .

Kehadapan mak tiri versi kawan yang disayangi , apa khabar bonda sekarang ? Anakanda sentiasa berharap bonda dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya . Tujuan saya mengirim surat ini adalah untuk menanyakan khabar bonda sekaligus memberitahu gossip-gossip terkini .
Bonda ,
Selepas bonda pergi meninggalkan kampung halaman kerana terpaksa melanjutkan pelajaran ke MRSM Transkirin , Penang , saya keseorangan . Tidak , saya tipu sahaja . Saya tidak keseorangan . Rasyiqah "gedik" , Halida "mulut mencarut" , Nadia "rabbit" , Amalia "itik" , Atikah "kembar saya" , Adila " anak Wong" dan Tasha "short" masih disisi saya . Namun , saya tetap berasa sunyi tanpa bonda disisi T.T
Untuk pengetahuan bonda , Atikah dalam proses untuk menjadi besties saya walaupun dia tua dari saya . Kami sudah berpakat untuk mengubah nama kami menjadi ;

WAN ZATUL ATIKA BT WAN ZAHARI - WAN NUR ATIKAH BT JAAFAR WAN ZAHAZRI
NUR ATIKAH BT JAAFAR - WAN NUR ATIKAH BT WAN ZAHARI JAAFAR .

Haha , saya amat tetarik dengan kelebihan WAN NUR ATIKAH BT JAAFAR WAN ZAHARI kerana dia seorang bijak seta pandai dan cerdik . Oleh itu , saya dapat menyuruh beliau untuk menyiapkan kesemua kerja sekolah saya . Selain itu , beliau seorang yang bersopan-santun seperti ANGELINA JOLIE . Beliau juga mempunyai peha yang kecil sama seperti peha LIYANA JASMAY iaitu pelanduk tak serupa bonda .
Bonda ,
Selepas pemergian bonda , saya tidak mempunyai partner untuk mengutuk Rasyiqah . Namun , kini saya sudah mempunyai partner untuk mengutuk Rasyiqah iaitu WAN NUR ATIKAH BT JAAFAR WAN ZAHARI . Selepas pemergian bonda juga , saya tidak mempunyai partner untuk meluahkan pergaduhan saya dengan "boyfriend" saya . Mana mungkin saya menceritakan kepada mereka yang lain-lain . Namun , kini saya sudah mempunyai partner untuk meluahkan pergaduhan saya dengan "boyfriend" saya iaitu WAN NUR ATIKAH BT JAAFAR WAN ZAHARI . Jadi , jangan lah bonda risau tentang anakanda ini .
Untuk pengetahuan bonda , WAN NUR ATIKAH BT JAAFAR WAN ZAHARI sangat "sporting" orangnya . Beliau juga mempunyai sikap "crazyqueen" saya . Dengan cara itu , saya tidak mempunyai untuk bergelak-tawa seperti biasa .
Sampai disini sahajalah warkah anakanda pada kali ini . Anakanda juga telah mengirim sekeping gambar anakanada bersama beliau . Semoga bonda selamat berada di Penang . Saya amat merindui mu bonda . Pulang lah cepat .
Sekian , thank you .
Yang Benar ,
atikah

Wan Nur Atikah Bt Wan Zahari Jaafar
&
Wan Nur Atikah Bt Jaafar Wan Zahari

1 comment:

  1. gmbar half face & tudung senget yg mencacatkan pemandangan alam.
    btw aku xnk buatkan ko pape hw pung hahaha!
    baiklah trima kasih adik :)

    ReplyDelete