sejak bergelar JANDA ,eh tak bukan JANDA lah. Atikah tk pernah kahwin lagi. Wan Zatul Atikah tk restu lagi kalau Atikah nak kahwin. Ok, sejak bergelar SINGLE nih banyak perkara baru yang dapat saya pelajari. Antaranya saya dapat mempelajari teknik berkawan rapat dengan gay-gay di sekolah. *jangan percaya, Atikah tipu* -.- Ok sekali lagi sejak bergelar single nih, banyak perkara yang terjadi dan boleh jadi pedoman dan pengaJaran. Antaranya, kalau dulu ketika saya bersama si dia, setiap malam sebelum tidur saya akan menerima satu mesej yang berbunyi (bunyi eh? urm whatever) ;
"Good nite. ily. imy. mmmuah."
tapi kini setelah bergelar SINGLE, setiap malam saya akan menerima satu mesej seperti ini;
"Eh Tika. Pergi tidur lah. Ish berangan lah tuh dalam bilik"
Selalunya kalau lampu bilik saya masih tak tertutup, mama akan hantar mesej sebegitu T.T
Kalau dulu ketika saya bersama si dia, setiap pagi saya atau si dia akan menerima ucapan GOOD MORNING tp kini saya akan menerima bebelan bangun lambat T.T Kalau dulu ketika saya bersama si dia, satu minggu RM10.00++ kerana terpaksa membeli top-up, tapi kini hanya RM3.00++ ;D Akhirnya satu transformasi telah berlaku. Atikah berjaya mengawal pembelanjaannya dengan teratur. Itu lah yang best nya. Dan mama akan bertanya ;
"Eh, asal topup RM3.00 jeh ? Selalu nya RM10.00 pun tak cukup"
And saya akan menjawab "Ekonomi tengah gawat. Kena saving" T.T
Kalau dulu ketika bersama si dia, saya akan meletak gambar si dia sebagai wallpaper phone saya. Tapi kini sejak bergelar SINGLE, saya hanya meletak gambar saya dan Hanis yang kini jauh di Penang ataupun saya akan meletak gambar saya dan Wan Zatul Atikah sebagai wallpaper. Dan adik saya yang busybody akan bertanya;
"Eh, mana gambar abang ipar Azman?"
And saya akan menjawab "Shut up. Pergi study la weyh. Hal budak besar, budak kecik tak payah menyibuk" T.T
Banyak lain nya kalau saya TAKEN dan SINGLE tapi saya takkan lemah *ceh*
No comments:
Post a Comment