12 June 2009

Camp Solferino, I miss you

Aduhai, rasa macam lama gila tak update belog ni. Apa khabar belogger sayang? Jangan tension yeah cause ni semua camp punya pasal. Last week, I went to Camp Solferino. Tak payah tanya apa itu Salferino. Nanti Atika jadi guru Sejarah BSMM pulak. Tapi kalau you all nak tahu juga apa itu Salferino, mari I bagi tahu. Tak baik lokek ilmu.

Actually, I pun tak tahu what is Solferino. Yang I tahu, Solferino tempat dimana BSMM ditubuhkan. Betul ke ? Ok, I memang takde bakat nak jadi guru Sejarah, wtf T.T

Went camp for 3 days 2 nights. Aman tanpa gangguan vibrate handphone Nokia kesayangan. Aman tanpa Myspace. Aman tanpa Youtube. Cuma tak aman memikirkan kesihatan blogger. Semoga sihat sahaja harapnya. Sekarang, mari kira perkataan 'aman' diatas hurm.

First day, terpaksa bangun seawal 5.30 pagi rasanya dengan hasil kejutan vibrate handphone Nokia. Terima kasih :') Bangun & berjalan dalam keadaan separuh sedar sambil merungut kenapa Suba suruh datang tepat pukul 6 pagi kat sekolah. Mandi pun dengan mata tertutup. Pakai baju sambil menguap. Poor Atika poor. Unfortunately, datang pukul 6.10 pagi. Ok, takpe lambat 10 minit sahaja. Masih boleh dimaafkan. Turun dari kereta abah and sekali lagi poor Atika poor. Terpaksa membawa beg yang terlebih muatan baju. And yeah kumpulan kedua yang datang awal. Time lunch terpaksa habiskan nasi yang berlambak gila. Oh my gost. And dipaksa oleh Dylan gigit kepala ayam yang masih mentah. What the hell. Nasib baik bawak tisu. Sebelum kepala ayam tu sampai ke gigi I, sempat bersihkan dengan menggunakan tisu. So, takde lah jijik sangat. And then, kene buli dengan Abg Aswad kemas Science garden. Tsk walaupun rabbit kat situ comel belaka but taik nya busuk nauzubillah! Lepas tu lari terkedek-kedek kena makan telur mentah + sardin mentah. Thank you memang loya gila tekak. Tapi rasa terharu cause lensa camera fotografer asyik candid muka I (perasan tapi sumpah camera tu candid muka I time makan kepala ayam)

Second day, paling best sebab ada Sosial Night. All of us kena main sosial & enjoy sahaja. Tapi itu cerita nanti. Pagi kena bangun awal cause nak pergi jungle trekking. Oh my gost. Kesian kaki I yang lupa nak buat waxing. Macam nak tercabut rasanya kaki I time jungle trekking tu. Agaknya hampir 5 times Atika terjatuh. Poor Atika poor. And from the beginning of the camp sampai last day, orang yang paling banyak kena buli dengan I of course la Sathia. But I really proud of him. Sathia is such a kind boy. Plus, he's funny walaupun asyik kena marah and dera dengan I, dia tak pernah lawan balik. Terharu rasanya. At night is Sosial Night. Best gila main sosial. Rasanya macam nak malam jea time tu taknak siang. Semestinya, my group including sys Yatt & I oh yeah if im not mistaken budak-budak STAR group paling sporting :') Tap cemburu menular dalam diri time Abg Firdaus yang form 3 tu menari dengan Cik Ummu. Mana boleh! Dah lah dorang menari macam dalam cerita Beauty & and The Beast cume tukar sikit. Cik Ummu jadi Beast & Abg Firdaus jadi The Beauty eh tak The Handsome. The best part is time menari bebas. Oh my gost. Best gila. Sapa tak join, rugi gila. Halida & I memang dah nak gila menari. Haha I wont forget that moment. NEVER!

Third day, ingatkan dah tak perlu melalui saat memeritkan tapi hurm ada latihan kawad. Oh my gost. Dahlah I benci kawat plus otot I rasa macam hell jea. Kene down bayak kali pulak tu. Tsk. And kena berdiri tengah panas. Muka I tepat kena matahari walaupun bangga cause nampak natural mata coklat I aha tapi memikirkan muka yang semestinya hitam terus lupa pasal mata I. Nasib baik ditemani Zet & Prem. Time nak balik, my group dapat first prize! Aha terharunya :') Perasaan tu tak boleh digambarkan dengan kata-kata! Banyak jugak la kitorang dapat present sampai Tuan Shalvin cakap "penat la asyik salam korang jea" HAHA chill la Shalvin. Memang sedih time nak balik but all goodthings will end. Thanks Tiffany cause banyak tolong kitorang. We wont forget segala jasa you :')

I miss all the memories in camp T.T

No comments:

Post a Comment