01 June 2009

sedih tanpa classmate

No 1, Jalan Sri Mersing 700,
Taman Sri Andalas,
41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan
Ke hadapan classmate aku yang gila indie, Akil (bukan nama sebenar) yang amat dirindui,
Saudara sihat kah berada di MRSM Grek Perak? Saya harap saudara tidak terlampau sihat dek melihat banyak perempuan cantik di sana. Saya dan rakan sekelas yang lain sihat-sihat sahaja selepas dua minggu menggila menjawab peperiksaan. Tujuan saya meng-poskan entri ini adalah untuk mengirimkan rasa rindu rakan-rakan kelas 1A dan berapa sunyi nya kelas kami tanpa sudara.
Saudara,
Sehari selepas saudara pergi ke MRSM, kami terasa kehilangan saudara. Tidak ada lagi suara yang menyanyikan lagu indie sambil mengambil penyapu untuk digantikan sebagai gitar. Tidak ada lagi suara yang memekak menjerit tentang politik dunia. Tidak ada lagi orang yang sering berdiri di hadapan saya kerana didenda ketika waktu agama islam. Tidak ada lagi suara uztaz mengacau saudara yang kononnya menyukai saya. Tidak ada lagi orang yang membuat saya ketawa terbahak-bahak non-stop apabila saya sedang bersedih. Tidak ada lagi yang suara yang menyebut "ATIKALIFAH". Sesungguhnya amat saya rindui kenangan itu.
Saya ingin memohon maaf walaupun saya tahu saya tidak patut memohon maaf tentang sentences yang pernah saya katakan pada saudara dahulu. Ampun maaf dipinta.
Suadara,
Sampai disini sahaja warkah saya pada kali ini. I miss you a lot yeah classmate.
Yamd merindui,
atika bt jaafar

3 comments: