19 June 2009

tips guna mata warna-warni

Hello, dalam entri ni saya akan jadi sejujur-jujurnya. Tapi bukan bermaksud selama ni saya penipu. Cuma dalam entri ni, saya akan menjadi jujur. Kalau boleh sejujur-jujurnya (Berapa kali nak letak ayat 'jujur' =.=) Ok buat muka serious balik. Hari ni bersama pengacara anda Nur Atikakakah Bt Jaafar akan membincangkan topik tips guna mata warna-warni atau orang panggil 'contact lense' tapi Atika panggil mata warna-warni cause benda tu boleh buat mata jadi warna-warni. Hebat kan? Ok iklan sebentar.
Jangan beli mascara yang dijual di pasar malam kerana ia akan membuat bulu mata anda melekit-lekit. Contoh terdekat Hanis punya mascara. *Iklan habis*

Sekarang ni ramai datin-datin pakai mata warna-warni. So, saya juga tidak ketinggalan untuk memakai nya bersama-sama. Biasalah, saya pelapis datin-datin pada masa hadapan :')

Tips pertama : Basuh tangan setiap kali anda ingin membuka mata warna-warni. Jangan buka mata warna-warni anda selepas makan nasi goreng tanpa membasuh tangan. Nanti sisa nasi terlekat di mata anda. Bahaya! *buat muka garang* Selepas basuh pastikan tangan anda dikeringkan kerana air paip masih mengandungi kuman atau bakteria kecuali anda menggunakan air yang ditapis dengan penapis Bio-Aura yang dalam iklan TV3 tu.

Tips kedua : Keluarkan mata warna-warni anda secara berhati-hati dengan tangan yang bersih dan kering. Kalau susah sangat, tak payah pakai mata warna-warni.

Tips ketiga : Simpan mata warna-warni anda dalam bekas khasnya, pastikan bekas tersebut bersih dan perlulah diganti dengan kerap supaya kuman yang ada pada bekas lama tidak melekat pada mata warna-warni anda.

But I prefer kalau guna warna 'blue'. Ia akan membuat anda berasa sangat yakin. Tak percaya, cubalah. Lihat sahaja gambar-gambar di bawah.



Pedulikan budak sebelah yang tak pakai mata warna-warni. Dia suka syok sendiri.







No comments:

Post a Comment