27 August 2009

Erti kehidupan

Semalam, I can't even sleep. Oh great yeah, I've got sleep's problem dua tiga hari. I think it's because I think about my problem so much. So, semalam I ada tulis pasal LIFE. Fyi, I love to write. Tapi I tak suka tulis depan geng. Tak selesa. Erm, thanks for reading yeah.

Kehidupan kita sebenarnya indah tanpa kita sedari. Namun, kadang kala dugaan yang datang membuatkan kehidupan ini kadang-kadang tak begitu indah. Kalau bagi orang yang positif, dorang akan fikir yang dugaan itu lah membuat diri kita menjadi lebih dewasa. Terserah kepada you all. Nak cakap kehidupan ini bagaimana. Setiap orang ada kehidupannya sendiri. Tapi cuba you all fikir, macam mana kalau dalam sebuah kehidupan seseorang tu, takde dugaan? Damn, memang la best tapi I rasa sure gila lah dia punya life tak best. Sebab takde dugaan. Tak enjoy lah. Tak pernah kenal erti kesusahan. Alah tak kira lah, dugaan apa sekali pun. Dugaan itu sebenarnya exam untuk kita. Nak tengok kita ni kuat ke tak? Orang yang tak kuat hadapi dugaan tu memang boleh digelar PONDAN. Kenapa harus takut kepada dugaan? Fikir okee.

Apabila kita sedar kita membuat kesilapan, kita mesti sedia memaafkan diri kita and try untuk start new life. Kalau gagal juga, try balik. Yeah, kehidupan ni memang banyak penantian. Kita selalu berfikir, sampai bila kita harus menunggu dan ditunggu? Kita cuma dapat merenung dan terus menunggu dan berharap agar orang yang kita tunggu tu, akan sedar bahawa kita sedang menunggu dia. Tak mudahkan? Itu lah yang aku tengah alami. Orang yang aku tunggu tak pernah berpaling. Rasanya dia tahu aku sedang menunggunya tapi dia pun ragu samaada nak mulakan kenangan lalu or just forget about it. Penantian itu cukup menyakitkan.

Dan apabila kita tahu bahawa kehidupan yang kita bina tu dah mula nak roboh, kita hanya mampu bertahan dengan harapan kita akan menajdi kuat untuk menahannya. Seperti juga macam Ultraman yang menahan bangunan daripada jatuh. Ultraman menahan bangunan tu dan terus berharap agar kekuatannya tidak akan hilang demi manusia. Ultraman rela menaruh nyawa semata-mata untuk menyelamatkan manusia. Hehe contoh yang tak relevant langsung. Tapi sebenarnya kita mesti jadi macam Ultraman. Try untuk menahan kehidupan kita yang mulai roboh hanya untuk orang yang kita cintai. Eh jiwang pulak -.-"

Nanti I update lagi yeah. Need to study, exam is coming bebeh (smiling).


Atika Allen

No comments:

Post a Comment