24 October 2009

Berdamai lah anda

Walaupun kadang-kadang sikap saya jelas menunjukkan sikap sombong, bongkak, gedik, etc tetapi itu tidak bermaksud saya seorang yang kejam cuma kadang-kadang saya akui sikap saya macam babi atau dengan bahasa baik nya, tidak disengani oleh orang sekeliling tidak bermaksud saya tidak suka meminta maaf apabila saya sedar saya membuat salah mahupun saya tidak suka memaafkan orang yang membuat kesilapan. Nobody's perfect. Saya mungkin agak annoying tetapi saya cepat cool, jadi kepada sesiapa yang pernah bermusuh dengan saya jangan risau, anda sudah lama dimaafkan. Cuma saya tak pernah menganggap anda sebagai musuh saya. Semua orang adalah kawan baik saya kecuali syaitan, iblis, etc (cehhh). Entri ni special sebab buat pertama kali dalam sejarah hidup, saya meminta maaf menerusi online/belog. Bukanlah saya pengecut atau apa, cuma, saya tidak ada masa untuk menerangkan kesilapan saya kepada kawan saya dan bestfriend saya. Dua mahluk yang berbeza sila take note.

First of all, tadi saya sakit perut disaat genting nak belajar untuk exam lagi berapa minggu. Betul kata Aina, pasti ada hikmah. Memang ada hikmah. Lalu saya baca belog bestfriend saya, dan melihat apa yang terkandung dalam shoutbox nya. Ok saya akui memang saya ada issue dengan seorang kawan saya tapi jangan fikir saya takde perasaan. Saya kesihan bila baca apa yang budak-budak sekolah bijaksana tu kata kepada kawan saya. Saya bukan benci kawan saya tu tetapi kadang-kadang saya tak suka. Bukan tak suka tapi entah lah yg penting tak pernah ada sifat benci kepadanya. Itu sudah memadai. Budak-budak sekolah bijaksana itu agak keterlaluan kata-katanya. Sila take note sekali lagi, anda harus meminta maaf jika orang yang anda kutuk itu terasa. Yelah walaupun sebenci manapun anda kepada dia, kadang-kadang kita kena buat baik. Mana tahu esok lusa kita pula yang kena. Kan?

Dear kawan saya, saya minta maaf jika anda terasa apabila saya mengutuk anda. Sumpah, saya takde niat untuk menyinggung hati siapa-siapa. Saya juga tersinggung apabila anda bercakap tentang gigi saya tapi saya dah lama maafkan. Perempuan tak akan terlepas dari mengutuk. Cehh. So saya harap anda dapat memaafkan saya dan lupakan segala issue antara kita. Buang yang keruh ambil yang jernih. Saya sayang semua orang. Eh aku tengah minta maaf sila ambil note. Plus saya bukan berlagak baik tapi saya berasa sangat bersalah kerana memanggil orang 'anjing', 'babi', 'monyet', etc. Itu hanya gurauan tapi saya tak sangka anda akan terasa dengan begitu mendalam. Saya tidak suka bergaduh mahupun bertumbuk. Buat buruk kulit sesama sendiri je en.

Dear kawan baik saya pula, saya minta maaf. Saya rasa kita semua salah sebab cakap orang macam tu.

Kalau anda rasa anda boleh memaafkan saya, sila buat muka gojos setiap kali kita lepak bersama dan hilangkan rasa benci itu dan cakap dengan saya bahawasanya kita berbaik bila-bila masa dan waktu dan kita bersalam tanda berdamai. Peace :B

No comments:

Post a Comment