06 October 2009

Lihat, bf baruku




"Love is like war: Easy to begin but hard to end." - Anonymous


Hai kawan sekalian. Pernah rasa boring yang gila punya boring yang anda rasa anda nak gila tapi tak tahu macam mana nak jadi gila padahal anda teringin nak jadi gila? Haa, sila faham. Haha. Aku sekarang ni memang boring yang gila punya boring yang aku rasa aku nak gila tapi tak tahu macam mana nak jadi gila padahal sikit lagi nak jadi gila sebab kasut aku yang mahal gila tu tertinggal dalam kereta time accident! Weyh Athirah, ingat lagi kasut yang kita beli kat Sunway yang mahal gila tu? Ok kasut tu ada kat celah timbunan batu-pasir dalam kereta aku yang dah tamat riwayatnya kena langgar lori batu-pasir. Tsk, sedih.

Athirah, Hanis, bff yang lain, mari kita bergotong-royong pergi Balai Polis Kajang pergi cari balik kasut aku yang mahal gila dalam kereta aku yang dah tamat riwayatnya tu. Mari ramai-ramai? Demi sepasang kasut yang berwarna hitam yang baru je dipakai 4 kali+. Mari lah mari lah. Aku dah tak tahan menahan rindu terhadapnya. Mari kita bergotong-royong juga membasuh darah yang mungkin ada pada kasut itu juga. Kita recycle kan kasut yang mahal gila tu. Mari?

Ok sudah-sudah merepek segala ayat. abcdefg. Kasut tu ... sumpah aku sedih atas kehilangannya. Seriously, kasut tu lawa gila. Tak percaya, boleh tanya Athirah. Dipersilakan. Dah lah mahal nak mampos plus lawa pulak tu plus asyik buat aku terasa tinggi plus .... *speachless* Semoga kasut tu masih selamat tanpa sebarang tumpahan darah aku yang manis gila ni. Eh yeah aku bleeding kan time accident tu? Oh tak ingat. Ah takpe, semoga kasut tu terus bertahan dibawah timbunan batu-pasir ynag hempap kereta aku yang cun tapi sekarang dah tamat riwayatnya kerana dilanggar lori batu-pasir. Kasut, bertahan lah kau. Aku akan mencari mu nanti. Tunggu pinggang aku pulih. Nanti aku akan mencari mu. Oh yeah, bersama selendang hitamku sekali. Maafkan aku kerana tak sempat mengambil kalian berdua. Aku akan merindui kalian yang telah berjaya memancing hati ku seperti kalian memancing ikan air tawar (Eh tak ok contoh tak relevan -.-' )

Dah puas merepek? Bye, maaf ter-merepek T.T


1 comment:

  1. mari2,haha. rugi siottt! skit kaki aku tlong kau cri ksut tu kat sunway. ksut yg slalu wat kau terpele-ot tu. :p

    ReplyDelete