Niat di hati memang sudah lama terpendam cuma belum tentu bila mahu direalisasikan. Tiba-tiba dari sebuah gurauan yang tidak bertaraf, niat itu muncul semula hasil dari gurauan si Hamis dan si Atikah Allen rakan sepermain sejak darjah belajar ABC dan 123. Ok ok let's straight forward. Saya dengan relo hati nya, bersetuju mahu kongsi niat bersama. Iaitu bermain guitar dan menyanyi di hadapan cermin camera lalu dimasukkan ke dalam youtube milik CANISH (what's the werido name) mahupun ke dalam belog kami berdua.
Tetapi (ok fine still ada tapi jugak) , soalannya, siapa yang akan menyanyi? Kalau guitar saya memang tak kisah mengisah. Dengan hasil pelajaran yang ditantang daripada paksu kesayangan, saya boleh lah jugak bermain sedikit. Takpe sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Ya tak? Menyanyi pula? Kita memang sedia maklum, suara Hamis dengan Atikah Allen dekat-dekat samo jee. Beza nya, suara Hamis akan bergetar-getar lepastu berjangkit ke anak tekak saya T.T
Soal lirik dan melodi pula, rasanya takde problemo. Memandangkan kami berdua memang tengah terluka dek admire masing-masing dirampas oleh orang yang tak bertauliah, satu dirampas dengan hidung kembang lagi satu pula dirampas dengan rambut kembang, sudah tentu lah berhimpun lyrics di tepi katil. Tapi esoknya dah takde lyrics tu cause bibik buang dalam tong sampah. Tsk sebak. Indon indon*
Walau apa jua cabaran, akan kami berdua tempuh (insyaallah). Biar bertumbuk sini-sana, biar bertarik rambut, asalkan impian dapat direalisasikan. Tunggu sahaja lah video yang mungkin akan ditayang kan di belog free ini. Tungguuuu (cehh)
haha . bodo. semoga impian bkn shj angan ttpi bakal di realisasikan. ADIOS !
ReplyDelete