Disaat aku mengetahui segala-galanya, aku hampa. Kecewa? Mungkin ya, mungkin tidak. Kenapa? Entah lah. Persoalan yang rasanya tidak perlu disoalkan lagi. Salah dia? Atau salah aku? Mungkin salah dia ataupun mungkin salah aku. Lumrah kehidupan, kita dicintai dan dibenci, kita mencintai dan membenci. Dan memang lumrah kehidupan, sesetengah kita semua tidak berani untuk menyatakan perasaan kasih kepada seseorang yang kita kasih walaupun kita sendiri tahu bahawa kita masih boleh menyatakan sendiri. Cuma kita sedar yang kita tidak mahu mengambil risiko. Kita sedar bahawa kita tidak mahu cinta kita ditolak. Kita sedar bahawa jika kita berani mengambil risiko, kita harus tabah menghadapi nya. Namun, tabahkah kita menghadapinya?
Mungkin sekali salah dia. Kerana tidak pernah menyedari perasaan kasih yang sudah lama terpendam dalam hati. Tidak pernah sedar bahawa diri ini sememangnya wujud. Kita berhenti, kita mulakan semula. Kita berhenti, kita mulakan semula dan begitu lah. Sampai bila? Ataupun diri ini yang terlalu pengecut untuk menyatakan kebenaran. Sungguh! Kalau lah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir ku disisimu, akanku pergi dengan tenang dengan harapan, kita di syurga bersama-sama. Sungguh! Kalau lah tiada lagi manusia di dunia ini, hanya tinggal kita berdua, akan ku pegang erat tanganmu dengan harapan, kita akan mati bersama-sama.
*IKLAN*
Chop! Tadaaa! Haha. Okay saja je berjiwang - jiwangan. Haha. Siut jea. I takde perasaan pun sekarang ni. Plus, I tak layan lah jiwang-jiwang karat ni. Saja nak try ada bakat ke tak. Yelah mana tahu ada bakat terpendam nak jadi penulis novel romantis *muka miang*. Sorry takde ending lah. No idea - no talk. Haha bye lah.
Barlo Carlotos!
wei, aku tag kau. nnti buat laa survey tu, :)
ReplyDelete