30 August 2009

boys

Nak kena pelempang taik ke sekarang? Boys zaman sekarang menyakit kan hati tahu tak? Tergedik macam apa ntah. Maksud I bukan lah gedik apa, tapi gedik yang menyakitkan hati. Orang kata tak nak means tak nak lah. Tak faham bahasa ke?

Dear my unsweet boyfriend, I tak nak pergi Sunway ok. Takkan tak faham lagi. Bukannya I saja tak nak pergi tapi I ada hal yang seribu lagi kali lagi penting dari date dengan you. Plus you ajak malam kan. I nak buat homework yang ntah pape ntah tu lagi. So tak payah tanya lagi I nak pergi ke tak.

Eh kenapa boys sekarang macam desperate sangat nak couple? Tak cukup kasih sayang eh? Sorry kalau ayat terasa, tapi rimas lah kalau semua boys desperate sangat nak couple. Lepas satu, satu. Brake yang ni, cepat-cepat cari baru. You all semua tak boleh hidup tanpa love eh? Oh come on boys, your parents kan ada. Geng-geng you all pun ada. Jangan lah risau sangat pasal couple. Cinta monyet tak kemana. Betul tak? Jangan lah macam gila sangat kalau takde gf. Cool boleh kan?

Plus, I ada terbaca majalah. And then ada ruangan untuk boys kritik girls. Ada yang cakap macam ni :

"Saya paling menyampah kalau keluar dengan 'gurlz' yang pakai selipar jepun. Tak kesah lah harga selipar tu murah ataupun mahal sekalipun. Nampak macam kekampungan sangat"

"Kenapa yer ramai 'gurlz' yang suka pakai cekak rambut? Pada saya, ia adalah aksesori yang tidak begitu penting. Tak pakai lagi nampak cantik"

Adalah bayak lagi. Yang lain semua lagi menyakitkan hati. Omg, kalau si pengeritik tu handsome, takpelah jugak kan. Ni muka semua ntah pape ntah tapi ada hati nak kritik orang lain. Cermin diri dulu ok. Patutlah takde girlfriend. Banyak songeh sangat kenapa ni? Huh. Ini lah antara sebab I tak boleh tahan dengan seorang lelaki dalam masa yang panjang. Bagi pelempang taik baru tahu!

28 August 2009

Oh begitu rupanya

Sigh, kenapa sekejap sangat holiday ni? Seminggu mana cukup siot. Alahai. Dah bukak sekolah, so kena jadi budak rajin balik. Exam lepas raya. Anther a few months lagi. Math subject belakang-belakang tu satu hapak I tak faham. Korang fikir I kelas 1 Arif pandai sangat ke? Ramai budak pandai kan dalam class tu. I teringin jugak nak dapat top 5. Takpe, top 10 dalam class pun ok lah kan.

Exam yang last ni berserah kepada takdir je lah. Maybe lepas bukak sekolah ni, dah tak banyak lepak macam dulu. Puasa nak lepak apa? Buang masa je. Bukan boleh lepak kedai mamak pun. Aan pun dah pindah Damak. Soo it means I dah takde kawan lah kan. Fine. Boringg lah duduk Mersing ni. Member I semua kat Damak. Kalau nak lepak pun susah sangat nak kena jalan kaki. Huh.

Dan maybe jugak I dah tak update belog selalu. Hurm gonna miss you belogger sayang :\

27 August 2009

issue kecil jee

Tadi, I tengah study Math and buat homework Math. Means buat homework sambil study sebab I tak datang 2 class tuition last week. So, terpaksa study sendiri berbekalkan note yang Syarminie bagi. Kat sekolah pun tak study lagi bab tu. Huh. Then time tengah tekun study, I teringat kat Syawal. And also Syiqa.

Lepas I gayot dengan Syiqa, I tengok my phone and jeng jeng ada mcj. Huahua Em text I. Happy rasanya kot cause I dah lama tak mcj dia. I miss him. Cuma dia boringg lah. Kadang-kadang jee kelakar. Suka tanya soalan yang agak mengarut. Huh bila lepak jee baru ok sikit.

Oh ya, I nak study pun tak terstudy. I dont know why malam ni dia banyak buat I gelak. Finally dia buat I gelak. And dia ajak lepak kat Sunway. Maybe lepas raya kot. Tak larat aku nak jalan time puasa. Plus mana cool jumpa orang yang kita suka time puasa. Tak boleh makan :\

Ok I nak sambung study balik. Bye geng.

Atika Allen

Erti kehidupan

Semalam, I can't even sleep. Oh great yeah, I've got sleep's problem dua tiga hari. I think it's because I think about my problem so much. So, semalam I ada tulis pasal LIFE. Fyi, I love to write. Tapi I tak suka tulis depan geng. Tak selesa. Erm, thanks for reading yeah.

Kehidupan kita sebenarnya indah tanpa kita sedari. Namun, kadang kala dugaan yang datang membuatkan kehidupan ini kadang-kadang tak begitu indah. Kalau bagi orang yang positif, dorang akan fikir yang dugaan itu lah membuat diri kita menjadi lebih dewasa. Terserah kepada you all. Nak cakap kehidupan ini bagaimana. Setiap orang ada kehidupannya sendiri. Tapi cuba you all fikir, macam mana kalau dalam sebuah kehidupan seseorang tu, takde dugaan? Damn, memang la best tapi I rasa sure gila lah dia punya life tak best. Sebab takde dugaan. Tak enjoy lah. Tak pernah kenal erti kesusahan. Alah tak kira lah, dugaan apa sekali pun. Dugaan itu sebenarnya exam untuk kita. Nak tengok kita ni kuat ke tak? Orang yang tak kuat hadapi dugaan tu memang boleh digelar PONDAN. Kenapa harus takut kepada dugaan? Fikir okee.

Apabila kita sedar kita membuat kesilapan, kita mesti sedia memaafkan diri kita and try untuk start new life. Kalau gagal juga, try balik. Yeah, kehidupan ni memang banyak penantian. Kita selalu berfikir, sampai bila kita harus menunggu dan ditunggu? Kita cuma dapat merenung dan terus menunggu dan berharap agar orang yang kita tunggu tu, akan sedar bahawa kita sedang menunggu dia. Tak mudahkan? Itu lah yang aku tengah alami. Orang yang aku tunggu tak pernah berpaling. Rasanya dia tahu aku sedang menunggunya tapi dia pun ragu samaada nak mulakan kenangan lalu or just forget about it. Penantian itu cukup menyakitkan.

Dan apabila kita tahu bahawa kehidupan yang kita bina tu dah mula nak roboh, kita hanya mampu bertahan dengan harapan kita akan menajdi kuat untuk menahannya. Seperti juga macam Ultraman yang menahan bangunan daripada jatuh. Ultraman menahan bangunan tu dan terus berharap agar kekuatannya tidak akan hilang demi manusia. Ultraman rela menaruh nyawa semata-mata untuk menyelamatkan manusia. Hehe contoh yang tak relevant langsung. Tapi sebenarnya kita mesti jadi macam Ultraman. Try untuk menahan kehidupan kita yang mulai roboh hanya untuk orang yang kita cintai. Eh jiwang pulak -.-"

Nanti I update lagi yeah. Need to study, exam is coming bebeh (smiling).


Atika Allen

26 August 2009

mimpi atau realiti?

Semalam I tak boleh sleep, then I ambik buku utoipa trauma. Mana tahu boleh buat I jadi sleepy. I tunggu Shazali called tapi taik dia tak called pon. Selalu macam tu. Eyy I dah fall in love dengan puisi Rahmat Harun. Semua puisi dia ada kena mengena dengan life I. Huh kebetulan maybe. Cuba baca ni :

Ada kata diucap tak bertempat
ikatan janji tak aku kotakan
benar dan tepat
seperti kata kau
tak perlu aku memilih
mungkin ini penamat dilema
atau mula pencarian baru
aku telah lelah,kepenatan.

Then, baca ni juga :

kenapa ketentuan yang telah lepas itu seringkali begini?
seperti ketul-ketul ais
atau hujan tanpa henti-henti
mendinginkan
kebasahan,sejuk.
Ke akar bumi batu-batu berapi
aku benar-benar sendiri-dalam sunyi
aku benar-benar seorang diri
hanya bunyi-bunyi sepi
dari suara hati.

Ok last one :

Telah terlalu ramai yang dicintai
telah terlalu banyak yang dikasihi
melaksa jumlahnya
setiap jam, minit dan saat
dah tak terkira
merakrasa besarnya
gagah, terlalu kuat tak terlawan,
kecewa

Huh, takde lah banyak sangat yang ada kena-mengena dengan diri I sekarang. Kadang rasa macam orang bodoh sebab tak dapat lupakan dia padahal banyak lagi kat luar sana. Betul kata Farid :

"Kau ni Qa, selalu pujuk aku cari lain and lupakan si Umai tu tapi kau pun sama. Tak juga lupakan dia."

Sakit hati lah jugak dia cakap macam tu time I jumpa dia kat CS haritu. Tapi I rasa apa yang dia cakap ada lah jugak betulnya. Kalau dia tegur means dia sayang I kan. Huh, bluekk bodoh!

25 August 2009

honest

Hishh, kenapa dengan I sekarang ? Tak tenang jiwa rasanya. And sekarang dah tak boleh berbaik dengan BOYS ? Huuh, inhale-exhale. Ok fine mengalah. I still sayang Filla. He always makes me laugh, makes me feel more better. But suddenly, dia hilang. Tak tahu pergi mana. And now dia datang balik. Always call me when I feel sad about my friendship with the geng. He makes me cormfort when I want to cry. I've tried to stop thinking about him but failed again and again and again. I just dont know what's going happen to me. Dongg, berserah kepada takdir sahaja. Jodoh tak kemana kan ?

Mengalah

Tsk, I miss Fila okee. Dussh, jiwa tak tenang macam tsunami ni!